Thursday, May 22, 2014

Last Day for class Visual Communication

Setelah berpenat lelah pada hari pertama pameran, kami dikehendaki memberikan komen dan luahan sepanjang projek ini berlaku.

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya bersyukur dapat belajar subjek Komunikasi Visual ini kerana banyak yang telah saya pelajari melalui pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu Dr. Nurul. Bagi saya tanpa beliau, saya tidak akan sampai ke tahap ini, mengenal segala ilmu mengenai Komunikasi Visual.


Apa perjuangan yang telah saya hadapi sepanjang projek ini?
Apabila saya bersama-sama ahli kumpulan bertungkus lumus dalam menyiapkan satu projek yang besar dan cuba mengenal apa ituKomunikasi dan apa itu Visual? Bagi saya Komunikasi Visual adalah sebuah rangkaian  proses penyampaian informasi atau pesanan kepada pihak lain dengan penggunaan media pengambaran yang dibaca oleh indera penglihatan. Oleh itu, saya seorang pelajar Seni Halus pada awalnya susah bagi saya untuk masuk dalam bidang Grafik dan merupakan satu cabaran pada saya dalam mempelajarinya bila saya pelajari mengenai Grafik baru saya tahu bahawa Grafik sangat senang dipelajari dan semakin hari saya semakin suka dengan bidang Grafik ini.


Pengurusan pasukan?
Secara keseluruhannya kumpulan kami membahagikan kerja dengan baik. Kerja yang ringan kami bahagikan sama rata seperti mencipta logo, karakter, poster, dokumentasi, dan juga poster. Kerja yang berat pula kami sama-sama buat seperti memotong kayu, memaku, membina stand untuk prototaip, mewarnakan karakter, dan lain-lain lagi.


Pilihan prototaip dan proses ujian?
Pilihan protaip adalah atas persetujuan semua ahli dan semasa proses ujian berlaku, prototaip tersebut ada masalahnya kerana menghasilkan sesuatu itu tidak akan terus sempurna. Jadi pada masa itu prototaip kami hanya bermasalah pada puzzle tersebut. Blok-blok kayu tersebut tersekat ketika beralih pada satu tempat ke tempat yang lain. Jadi kami selesaikan dengan membuka dan memaku semula supaya permainan tersebut sempurna.


Perkara yang paling diingati sepanjang melalui proses projek ini?
Perkara yang paling saya suka ialah ketika prototaip kami diterima oleh Dr. Nurul dan permainan kami digemari oleh orang ramai dan paling saya suka ialah melihat mereka tersenyum gembira bermain permainan kami sambil gelak ketawa bersama rakan-rakan mereka. Tidak lupa juga bagaimana saya belajar mengenal macam mana sesuatu pameran itu dilakukan seperti proses menvisualkan prototaip. Perkara ini sangat-sangat penting untuk Projek Tahun Akhir (FYP) saya nanti.


Bagaimana projek ini memberikan kegembiraan kepada Georgetown?
Georgetown merupakan tempat pelancongan, jadi bagi saya Georgetown perlu diisi dengan satu permainan yang menggembirakan mereka. Oleh itu, permainan puzzle kami merupakan satu permainan yang menyeronokkan. Tambahan pula, tempat yang kami fokus adalah di Lebuh Acheh yang mana merupakan tempat yang sangat kurang pengunjung ke tempat tersebut. Lebuh Acheh tersebut merupakan kawasan penduduk melayu yang paling maju satu ketika dahulu kerana tempat tersebut merupakan tempat pengumpulan bakal-bakal haji. Oleh itu, disamping pengunjung bermain dengan permainan kami, mereka juga dapat mengetahui sejarah kawasan tersebut dan dengan harapan sejarah tersebut akan mereka ingat dan diceritakan kepada orang sekeliling tempat mereka khususnya kepada pelancong luar negara. 






Akhir sekali saya ingin berterima kasih sangat kepada Dr. Nurul kerana mengajar kami mengenai Komunikasi Visual. Kepada rakan yang telah membantu dalam menjayakan projek ini juga saya sangat-sangat berterima kasih. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan saya kerana bersabar dengan karenah saya sepanjang projek ini. Tanpa anda saya tidak akan tahu erti kerja secara berpasukan. Sangat-sangat hargai kenangan kerja bersusah payah bersama-sama dan saya akan rindui untuk bersama lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan saya kerana sama-sama berpenat lelah dan selama proses "Happiness Project" ini. Nor Shahirah, Roslina Keri, and Nur Kamilah Ruzana thank you and will miss you all. ^__^ 


No comments:

Post a Comment